RSS

Berat sangatkah puasa di bulan Ramadhan ini…??

01 Sep

ahad sudah ada 2 orang pemuda datang ke rumah saya. 2 orang pemuda (berumur dalam lingkungan 25-26 tahun)…sihat…kuat dan beragama ISLAM. mereka datang untuk servis air-cond kat umah. kerja mmg tip top. mmg pro la budak2 nih. walaupun muda…tapi dari cara mereka berkerja nampak mereka sungguh pakar tentang bendalah air-cond nih. x pa lah. bagus lah tu. kalau dah bahasa Operations Management kita panggil standardization. wah. mcm bg lecture plaks dah. ok. that’s not the point here.

masa tgh2 berkerja. biasa lah org minta rehat seketika. ok. no hal. jadi mereka melepak seketika di luar rumah. sayangnya sambil melepak. mereka hisap rokok. masyaallah !! terkejut saya. dan tanpa segan silu. mereka minta air. nak minum. nak lepaskan dahaga. katanya x dapat nak puasa hari nih. sbb walaupun cuti…mereka kena bekerja. masyaallah. rasa berdosanya plak saya. dan suami juga. sbb nak suruh servis air-cond. budak2 nih x puasa.

saya x nampak apa relevennya mereka x berpuasa.

  1. cuaca bukannya panas terik. malah, lately nih asik hujan..mendung..dan sejuk !! sampai kan waktu berbuka pun dah x terasa nak meneguk air sejuk. x nampak lagi punca keletihan mereka
  2. servis air-cond di dalam umah. bukannya di bawah panas terik mentari pun. dah tu. wat kerja pun sambil relaks. x dak kalut2. slow and steady. x nampak lagi punca keletihan mereka.
  3. badan masing2 pun nampak gagah. maklum la. budak2 muda. kuat. boleh bawak van sedari mainland ke pulau. ok la tu. van pun van elok. bukannya van buruk. kiranya memandu dalam keadaan selesa. x nampak lagi punca keletihan.
  4. barang2 yang digunakan untuk servis air-cond bukannya berat pun. ringan2. dan x perlu naik tangga ke umah saya. lifa kan ada. still. x nampak punca keletihan.
  5. selepas habis kerja. baju pun x dak kesan peluh. maknanya x keluar peluh pun !! jadi…saya x rasa mereka letih. letih lagi saya yang berpuasa dalam keadaan berbadan dua ini.

mungkin semalaman sudah mereka berkerja tanpa henti kot. x cukup tidur maybe. sbb tu x leh posa keesokan hari. tapi. dari segi fizikal nampak elok saja. ntah2 mereka ada penyakit kronik. ah x mungkin lah !! kalau sakit kronik mana bleh kerja !!

conclusion. i don’t see why they cannot ‘berpuasa’ on that day !! frankly speaking (ni lah masalah saya…when i’m angry or i get pissed off i start to speak london !!) …they CAN actually fast. apakah berat sangat berpuasa di bulan Ramadhan ini..? mereka sendiri belum pasti. tahun depan boleh kan mereka berpuasa lagi..?

sayangnya…inilah hakikat, kebenaran umat ISLAM di akhir zaman. soal hukum hakam agama bagaikan sudah menjadi nyawa2 ikan bagi mereka. ah. gasaklah !! kubur masing2…mungkin itu argument mereka. tapi tahu kah mereka…kerana mereka2 ini…ALLAH menurunkan hukuman buat umat ISLAM yang lain juga…?? kini…ramai sudah mengerti…kenapa rata2 pesakit yang meninggal sbb wabak terbaru yang melanda negara ini adalah dikalangan saudara seagama kita sendiri. mungkin kah ini petanda dari NYA.  DIA ingin menyatakan betapa murkaNYA DIA dengan kita…??

Ya ALLAH !! agamaku…bagaikan di hujung tanduk. saya bagaikan memahami…kenapa Baginda terlalu sedih di saat kewafatan nya. sampai tersebut “Ummatti…Ummatii…Ummatti..” Bagina sudah nampak. bagaimana keadaan umat ISLAM di akhir zaman.

maaflah. mungkin yang membaca kata saya membebel dalam coretan kali ini. mungkin ada yang kata saya terlalu beremosi. tapi hakikatnya. saya rasa…turut terpalit dosa mereka pada diri saya dan suami. bagaikan kami bersubahat sekali. andai kata kerana perlu berkerja di rumah saya anda x mampu nak berpuasa. baik saya x suruh datang saja. baik hidup dengan air cond rosak daripada mendapat dosa free di bulan puasa.

masyaallah.

 
2 Comments

Posted by on September 1, 2009 in September 2009

 

2 responses to “Berat sangatkah puasa di bulan Ramadhan ini…??

  1. shida @ ady

    October 15, 2009 at 2:35 pm

    fulamak farah,xsangka u begitu optimis hal2 brkaitan agama.syabas..skurangnya,lega hati sy bila membaca blog farah nie.ada la gak pelapis yg bakal membimbing anak2 sy kelak.baru ja dpt mentelaah blog farah..coz bz sgt kebelakangan nie.

     
  2. shida @ ady

    October 15, 2009 at 2:43 pm

    Disaat namaku belum kau kenali,
    Disaat cinta belum hadir diantara kita,
    Disaat perasaanku belum kau tahu,
    Disaat jarak kita masih terlalu jauh…,
    Ku sudah melihatmu didalam anganku,
    Ku impikan seseorang memegang tanganku,
    Ku bayangkan senyuman indah didepan mataku,
    Ku lihat kau bahagia disisi sehari-hariku…,
    Didalam hatiku dan didalam jiwaku,
    Kutahu hanya padamu ku kan terpaku,
    Segenap tenaga daya yang ada padaku,
    Ku pastikan cintaku tetap padamu…,
    Sampai nanti ku tak lagi kuat untuk berdiri,
    Sampai nanti ku rasakan lemah kaki kanan dan kiri,
    Sampai nanti seluruh helai rambut ku kian memutih,
    Sampai nanti hari tua kita cintaku kan terbukti…,
    Tak peduli lagi kecantikan tak terlihat mata,
    Tak peduli lagi kata-kata tak terdengar telinga,
    Tak peduli lagi saraf tanganku tak terasa,
    Tak peduli lagi mulutku tak bisa berbahasa…,
    Tapi hatiku pasti akan berbicara,
    Tapi hatiku pasti akan tunjukkan arah,
    Kau mencintaiku dan ku mencintaimu,
    Ku ingin disisimu disisa hari-hariku,
    DAN KU HARAP KITA KAN BISA PERGI BERDUA,
    TINGGALKAN DUNIA INI DIHARI TUA…!!!

    *hayatilah stiap baris liriknya….mungkin best lg dr lirik exist kot.
    ady.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: