RSS

The Malay Dilemma.

03 Mar

dah lama aku x menjenguk ke rumah aku ini. last entry pun pasai rifdy. bukannya apa..lately nih aku sgt busy dengan KERJA aku. semester baru kali ni sangat2 memenatkan. dengan kelas-kelas degree, dengan supervision students final year nya lagi…sangat penat. masa break between classes, budak2 yg aku supervise nih datang terjah. x sempat nak lari…hehehe…nak buat mcm mana…amanah ini harus aku pikul dengan penuh tanggung jawab. aku juga ingin mengejar keberkatan dalam mencari rezeki…ok..enuff on that. now–back to the main topic here, The Malay Dilemma.

yup. aku bukan nak extend atau pro-long of what ever Tun Che Det cakap lam buku dia dulu…tapi aku nak cerita perihal SIKAP orang Melayu. aku nak minta maaf awal2, kerana entry aku kali ni mungkin akan mengguris hati2 pembaca blog aku yang berketurunan MELAYU. maaf dahulu ya. i’ve got no bad intention, and i’m not criticizing. yup. bukan nak mengutuk atau menghina atau yang seangkatan dengannya. malah, anak2 ku juga berketurunan Melayu !! yeah…suami yang aku sangat cinta dah kasihi juga seorang lelaki Melayu. namun, entry ni ditulis sbb aku agak terkilan dengan sikap sesetengah peniaga MELAYU.

senario 1: ahad. lokasi: pasar malam di tapak pesta

ketika melewati satu gerai yang menjual kuih2 tradisional seperti lepat liat, bingka ubi, tepung talam etc..aku nampak ada beberapa keping apom dalam talam..dalam 8-10 keping..and aku juga nampak pakcik tu tgh bertungkus lumus buat apom lagi…since apom ni peberet ifdi and now aicah, aku pun nak beli la dewang nih..x banyak..2 keping sudah lah..budak2 nih bukannya nak makan sgt pun…so..

  • aku : makcik, bg apom ni 2
  • makcik : kalau mau apom ni kena tunggu sat na..sbb ni ada org tempah
  • aku : (tgk kiri kanan, x dak sapa..cuma aku, suami dan anak2 saja at that moment)…erm..nak 2 saja, kalau tunggu, berapa lama makcik?
  • makcik : (tanpa melihat ke arah aku, apatah muka aku, sambil dok wat sibuk) kena tunggu dalam setengah jam.
  • aku : hurm. x pa la makcik.

aku terus berlalu. does it make sense, if you have to wait for 30 minutes just to get 2 pieces of apom..? nasib baik, peniaga tu berpangkat MAKCIK. yep. kerana aku sudah diasuh dan dididik supaya menghormati org tua, maka i reserve my comments. but deep down, dalam hati aku cakap WHA T  THE  HELLLLLLL………!!…and aku trus bising kat suami aku, “bukannya orang minta nak beli 20 keping pun !! 2 saja…kot ya pun tgh buat kat org yg order, x luak punnn 2 keping tu !!”…and kata suami aku “biaq la…dah tau..len kali x yah beli.” senang kan. len kali x yah beli. yup. aku mmg MALAS dan X MAU beli dah !!!

senario 2: rabu. lokasi: pasar malam pantai jerejak

slalunya aku dan suami akan singgah di pasar malam ini. sbb dekat dengan umah, so before balik singgah dulu. and slalu nya masa kami sampai, peniaga2 ni mostly baru nak stat menjual…maknanya x berapa ramai org lagi lah. so..as usual aku ke gerai yg jual kuih-muih, mmg jd kebiasaan aku tapau tepung talam dan karipap kat mak aku. gerai ni ada jual nasi lemak yang siap dibungkus juga…tp dewang buat kat tapak tu la..maknanya bukan bawak yg dah siap bungkus dari umah..so terasa nak beli nasi lemak kat ifdi, peberet dia gaks, and anak teruna ku ini mmg x tahan makan pedas..so biasa nya aku cari gerai jual nasi lemak yg bleh dicustom made tanpa letak sambal. bilis + telur + nasi saja. and gerai nih bleh buat mcm tu…so aku pun minta ngan makcik (slalu kena ngan makcik!) gerai tu…

  • aku : makcik, tepung talam 2, karipap 2…nasi lemak tu minta sebungkuih, tp x mau sambai na…
  • makcik : (again, dengan muka yang masam sambil mengepit 2 biji karipap)..nasi lemak x leh buat na lani…x dan..!
  • aku : (sambil melihat kiri kanan, ada lagi 2 org customer, tp dewang sdg dilayan oleh ‘pakcik’ sbb dewang nak tapau cucur udang..ada jugak dijual disitu…which means aku sowang ja yg dilayan oleh makcik nih)…..aku x terkata apa2. speechless. aku just bayar duit bg kuih 4 biji tu and that’s it. malas dah aku nak melayan sikap2 makcik2 nih.

again, suami menjadi tempat aku meluahkan rasa x puas ati. “apa masalah depa nih !! nak juai ka x mau !! kalau CINA la..x penahnya nak tolak customer mcm nih…ni bukannya ada org pun !! bukannya makcik tu nak kena amik masa sejam nak bungkuih nasi lemak x boh sambai!! ” huhuh…yep. kalau peniaga CINA, aku x rasa aku akan berdepan ngan 2 situasi di atas. mungkin ada yg penah lalui, tp bg aku, so far mmg x ada. kalau ada pun jarang2. this is the MALAY DILEMMA…sorry to say la…because both were makciks, i had to be quiet. aku x mau jadi kurang ajar. tp aku sungguh terkilan ngan sikap peniaga2 MELAYU ini !!! yang membuatkan aku terkilan is because aku regular customer kedua2 gerai ini !! tiap2 kali aku singgah ke pasar malam, aku pasti menjengah dan beli sumthing from this 2 makciks…tp tu lah…mcm x dak apa pun. it’s like they couldn’t care less whether you’re a regular customer or not !!

kalau masa Raya Puasa, biasanya peniaga2 melayu akan tutup kedai sampai seminggu…kdg2 berlanjutan sampai ke 2 minggu…tp melalui observation aku, kalau peniaga2 CINA, biasanya kedai akan dibuka selepas 2 hari. ada yang bukak kedai lepas sehari beraya saja. and peniaga2 CINA biasa bukak kedai masa hujung minggu, and even masa cuti umum. no wonder lah, Nabi Muhammad SAW pernah berpesan “tuntutlah ilmu, sampai ke negara China !!”…now i get it. and its proven. China dah mengatasi Jepun in terms of economic growth !!

again..aku nak ingatkan…aku bukan nak mengutuk. cuma aku nak luahkan rasa kesal aku. susah lah nak maju, kalau sikap kita masih ditakuk lama. mengapa bangsa lain makin maju dan terus maju..? seorg sahabat aku berkata “it’s just a matter of survival !! they know they have to do sumthing to survive !!” yep…i agree. sudah banyak insentif diberikan pada ‘kita’. banyak ruang, jalan, bantuan yang diberikan pada ‘kita’ sehinggakan ‘mereka2’ itu mula berasa cemburu !! kdg2…kita perlu lihat jugak…kalau peluang yang sama diberikan pada ‘mereka2’ itu, i’m sure, some how or rather they would excel !! yeah…x penah ‘mereka’ mensia2kan peluang yang ada…

and mungkin sbb itu…bila ‘mereka’ menjadi golongan majoriti, ‘mereka’ bersatu padu, dan menjadi satu entiti yang lebih kuat dan berkuasa. yup. it’s all about survival. and if ‘we’ dun change our attitude, sooner or later, we’ll be left out. patut lah Tun cakap Melayu Mudah Lupa. bukan sbb Tun tu bangsa Malayali atau Mamak, tapi sebab Tun sangat kecewa…

i guess that’s enuff…sebelum aku melarat dengan cerita2 perihal politik baik aku stoop. sebelum aku melarat dengan cerita2 penyakit PhD (penyakit RASMI bangsa MELYU) baik aku stop. sebelum aku melarat dengan cerita2 perihal bomoh2 pawang2 etc…i’d better stop…cukup lah.

 
Leave a comment

Posted by on March 3, 2011 in MARCH 2011

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: