RSS

Kisah Upin dan Ipin.

04 Mar

aku rasa..almost 95% budak2 melayu kat mesia ni kenal ngan upin dan ipin…kalau pegi pasar malam, even uncle2 chinese pun ada jual baju dan seluar upin ipin. kalau pegi kedai kek, mesti ada kek design upin dan ipin. mmg glemer lah budak 2 orang nih. anak2 ku pun minat upin dan ipin. si farisha, dengar aja music tema upin ipin mesti cepat2 lari naik atas kusi..nak layan upin ipin. sama la ngan abg dee…melompat2 sambil sebut pin pin !! hehehe…

 

kemarin dulu aku bukan TV9…ada ceta upin ipin nih…tajuknya Menjelang Syawal. upin ngan ipin seronok sgt di pagi Syawal sbb opah dah sihat. kak ros plaks cakap dia x sempat nak buat ketupat, sempat buat kuih sket2 aja…tp upin ngan ipin cakap ketupat x dek pun x pe..janji opah ade…and opah plaks cakap kalau macam tu kena lah slalu doa2kan opah sihat sentiasa…the whole was so touching for me.

yep. aku mmg cepat tersentuh bila tgk adegan2 mcm nih. yang menggangu aku, status Upin dan Ipin dan Kak Ros. anak2 yatim kah mereka ini..? seingat2 aku, x penah lagi aku tgk mak bapa budak2 nih…hidup mereka pun sangat sederhana…makan pun cukup2 aja…nak beli badminton basikal pun x leh. tp hidup mereka tetap happening. sbb dikelilingi kawan2. somehow, aku mcm dapat merasakan diri kanak2 aku lam Upin dan Ipin.

aku ini anak tunggal. aku hanya bergantung kepada mak dan bapa. selama aku hidup bujang, aku slalu berdoa, agar ALLAH ambil nyawa aku dulu, sbb aku mmg x dapat nak bayangkan hidup tanpa mak atau bapa. hanya mak ngan bapa saja lah keluarga aku di dunia nih. arwah abang sudah lama pergi…and since that i’m all by myself. seperti upin dan ipin, aku dikelilingi kawan2. nasib aku agak baik, sedari kecil, sampai dewasa aku ramai kawan. tapi tu lah…ramai2 kawan pun, kdg2 bila nak mengadu, mcm x tau nak ngadu pada siapa. yep…sejak kecil aku mmg suka memendam rasa. mak ngan bapa bekerja, dan aku mmg x penah meluahkan perasaan atau bercerita tentang masalah aku dengan mereka sbb aku x mau mereka serabut kepala…sudah lah penat bekerja…dengar pula masalah anak ! hehehe…yep..so i choose to keep it all to myself…and aku rasa sampai ke hari ni, saat ni aku masih begitu…bila aku tgk upin atau ipin, aku slalu berkata sendiri, kalau ada kembar kan best !! bleh share problem sama2…

aku mengaku, aku sangat takut dengan title “anak yatim”. sejak kecil, dan sehingga KINI, aku x mahu bayangkan diri aku memegang title itu !! berbalik pada upin dan ipin…seperti mana mereka suka berkawan, seperti itu lah aku juga…namun aku terpaksa berdepan dengan hakikat, kawan tetap kawan, x mungkin kawan menjadi seperti saudara sendiri.semuanya kerana apabila aku mula berkawan, aku pegang betul2 kepada hubungan sesama kawan. aku x ada abang, x ada kakak, x ada adik, jadi bagi aku, kawan2 lah abang, kakak dan adik aku !! aku rasa sbb itu aku mudah tersentuh dalam berkawan. aku mudah berasa being left out dalam berkawan. aku mudah berasa kecewa dalam berkawan !..tp tidak pada upin atau upin. kalau pun skali mail, jarjit, fizi, intan payung dan yang lain2 x mau berkawan, mereka masih ada each other to hold on to…tp…bagaimana pula dengan aku…?

nota kaki: i’m thankful that i’ve been blessed with a caring hubs and 2 adorable kids. rasanya…mereka ‘kawan’ aku sehidup semati !!🙂

 
Leave a comment

Posted by on March 4, 2011 in MARCH 2011

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: