RSS

S.I.A.L.

01 Mar

itu perkataan pertama muncul dibibirku saat menatap video berkenaan gambar ini. mmg SIAL, CELAKA, JAHANAM dan yang sewaktu dengannya bagi ‘pelaku’ dan penyebab pada video ini…..sebagai seorg ibu, tiada apa yang lebih menyedihkan dan menyakitkan melainkan melihat seorang anak kecil, x kisah la anak sapa pun (sbb tu la kasih dan sayang ibu nih, dibawa ke syurga ok!) diperlakukan sebegini rupa….mmg jahanam sungguh pada yg melekat pita and membalut anak2 kecil sampai mcm nih….arrgghhh…mmg dasar berhati binatang!! @#@%$@##!@!@#!!!!

maaf..aku mmg agak emosi bila terlihatkan menda2 mcm nih….aku x leh bayangkan, seorg perempuan …repeat PEREMPUAN sanggup bertindak sebegini rupa, hanya sbb marahkan majikan! woi mangkuk! kot ya pun marahkan boss…setel ngan boss sendiri la weh……kenapa mesti sakitkan and lepaskan geram pada anak2 kecil nih…????!!! and please laa…anak orang kot!! bukan anak hang sendiri! arrgghh….mmg dasar cilakak…..

aku admit, terkdg aku ada juga lepaskan geram aku pada en one kat anak2…tp mmg aku menyesal, and cuba kawal emosi aku….and infact aku akui, terkdg mmg ringan jaaa tangan nih nak memukul anak2, tp sayu hati aku tatkala melihat anak2 aku menangis…mmg senang sungguh aku rasa bersalah dalam hal2 memukul dan menghukum anak2 nih…i may look like a fierce mom, but trust me, i’m only being fierce outside, coz inside i just can’t stand seeing them crying. jgn kata tgk pic nih, kdg2 tgk en one naik ‘hantu’ and marahkan anak pun dah cukup buat aku rasa gerun…apatah lagi kalau diperlakukan mcm nih…aduh…kenapa hati2 kamu sekejam ini…………?????

aku bukannya apa…spontan aku terbayang wajah anak2 aku kalau tgk video2 mcm nih…spontan aku terpandang wajah2 anak2 aku pada gambar2 ini! spontan aku teringatkan rifdi yang masih belum petah bercakap….dah la hyper sepasal…dok x diam semenet! kalau lah kena ‘dera’ cenggini, cam mana la gamaknya dia nak ‘selamatkan’ diri…? kalau budak2 yg dah pandai bercakap tu lain la ceta kan…mesti bleh bercerita and mengacum pada mak sendiri..ni kalau kes cakap pun x berapa nak boleh….x ke naya tu..?

kalau aicah pulak, yg sememangnya x berapa nak mesra alam ngan takut ngan strangers, gamaknya mesti dia menangis, sehari suntuk…sampai la aku amik dia balik…hhuhuh…mujurlah…ada mak ngan bapa…mmg aku x boleh nak gambarkan, betapa bersyukurnya aku, boleh letakkan anak2 aku dibawah jagaan mak ngan bapa. alhamdulillah…tp ini pun sementara mak aku masih boleh and mampu menjaga, buatnya mak dah sakit, x larat esok2 nih…hurm….dun want to think about that yet! moga Allah berikan kesihatan yang baik pada mak, bapa aku, and semoga dipanjang usia mak ngan bapa, biarlah sampai rifdi ngan aicah dewasa nanti! and i have to give credit to cikgu2 kat taska rifdi…mujurlah mereka memahami kerenah nya si rifdi….sekurang2kan…ada rasa ‘lega’ dihati…

and mcm mana pulak kalau anak2 istimewa..? yang mmg scr lahiriah nya sangat dependent dan memerlukan bantuan org lain, dikala usia yang masih kecil ini…? contohnya mcm anak2 autisme, ADHD, hyper-active, OKU dan yang seangkatan dengannya…anak2 ini mmg sukar dikawal sometimes, and mmg perlu banyak kesabaran untuk handle anak2 sebegini….kalau anak2 yang sihat dan sempurna cenggini pun korang dah treat mcm nih, aku tatau la mcm mana and apa pulak yang korang bleh buat pada anak2 istimewa…huhuh..cannot imagine weh!!

huh…geram…aku sangat2 geram….mmg dasar binatang bertopengkan manusia…!!! mmg patut kena masukkan lam lokap, ikat ngan kain mcm pocong…and biaq 24 jam! biaq keraih kejung mcm tu ok! what right do you have to treat someone else’s child like this…?? aku nak sajes kan…bg hukuman sebat pada pompuan2 durjana nih. biar tersiat segala kulit badan, sbg mana tersiat nya hati2 ibu2 di Malaysia tatkala melihat video and picture nih.

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: